Saturday, February 26, 2011

SIAPA NADIA ADRINA 2

Setakat ni je aku dapat sambung cter SIAPA NADIA ADRINA. Dah lama xlayan...skali skala je tp idea xmari..sesape ade idea, silakan komen k...jasa kalian ku kenang jua.. :)



SIAPA NADIA ADRINA 2

“Abang Syah! Buat apa lagi kat rumah tu?” Epoi menyergah Syah dari belakang.

Syah hanya menjungkitkan bahu. Entahlah…aku pun tak tahu apa yang aku cari. Wajah Nadia Adrina sering bermain dalam dunia mimpi dan sedar ku. Namun kali ini seperti dia ingin meminta pertolongan. Ahhh! Mengarutlah!

“Takde pape lah..jom balik!” Syah segera mengajak Epoi pulang. Malas nak melayan pertanyaannya.

“Abang…abang pernah dengar cerita tak pasal rumah tu?” Epoi bertanya sebaik sahaja turun dari motosikal Syah.

“Kan ke kau dah beritahu pasal Nadia Adrina tu…” Syah menjawab malas.

“Yela…Cerita selanjutnya??” Pertanyaan Epoi menarik minat Syah. Syah memberi isyarat kepada Epoi supaya meneruskan ceritanya.

“Dengar cerita Kak Nadia tu bukannya mati sebab penyakit dia tapi kena racun! Sejak dari haritu..orang kata rumah ni ada penunggu! Hantu Kak Nadia tu la..Kata orang rohnya tak tenteram.. ” cerita Epoi bersungguh.

Syah menelan air liurnya..Apa betul ke cakap Epoi ni? Kena racun?? Betul ke Nadia yang hadir dalam hidup aku..hantu??

Syah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Sudahla..jom balik!" Ajak Syah. Epoi hanya menurut. Dia tahu abangnya tidak berapa gemar cerita-cerita sebegitu. Tetapi Epoi sendiri hairan kerana abangnya sering melewati rumah itu sejak kebelakangan ini. Malas nak bertanya lanjut kerana abangnya tidak akan bercerita perihal dirinya.

bersambung......

KAK N..AKU AMAT MERINDUI SENYUMANMU

Aku baru pulang dari mengajar. Agak-agak dalam jam 2.00 petang aku sampai ke rumah. Aku tak tahu kenapa mataku berat sekali petang itu. Mungkin keletihan melalui pertandingan silat semalam. Aku tertidur. Namun tidurku tidak dibuai mimpi indah tetapi aku melihat kakak ku, Kak N meminta pertolongan seperti berada di dalam kesusahan yang teramat.

Aku terjaga dari tidur. Jantungku berdetak pantas seperti ada alamat yang tak baik berlaku. Selajur telefon berdering dan aku pantas menjawabnya. Abah di hujung talian.

“Cepat siap! Kita pergi hospital. Kak N kena tikam!”

Aku terduduk menangis dan berdoa semoga kakak ku selamat. Abah menjemput di rumah dari tempat kerjanya. Baru aku tahu yang Kak N cedera ditikam oleh kawannya sendiri kerana cemburu.

Sampai di hospital, pembedahan sedang dijalankan. Orang yang menikam kakak ku telah dibawa ke balai polis berdekatan.

Tepat jam 8.15 malam…doktor yang membedah Kak N memberitahu perkara yang amat menyentap jiwa ku. Kak N tidak dapat diselamatkan kerana kehilangan banyak darah dan tikaman itu terkena saluran utama jantung.

Aku seperti hilang arah. Sedangkan aku baru berjumpa dengan Kak N semalam. Tiba-tiba Kak N dah tiada! Dugaan apakah ini Ya Allah…

Kak N selamat disemadikan bersama senyumannya, gelak tawanya dan segala kegembiraannya. Tangisan kesedihanku dan keluargaku alami tiada siapa yang tahu. Alangkah luluhnya jantung melihat anak yang ditatang 27 tahun hilang sekelip mata. Air mata mama dan abah tidak dapat ku seka kerana terlalu banyak ia mengalir.

Kak N yang banyak memberi motivasi dan inspirasi pada aku selama ini. Tapi aku harus teruskan hidup.

Kini sudah 5 tahun peristiwa itu berlaku. Wajah Kak N tetap dalam ingatanku sekeluarga. Orang yang menikam kakak ku masih dibicarakan di mahkamah. Biarlah undang-undang dunia dan akhirat menentukan nasibnya.

Kak N…Aku rindu senyumanmu. Semoga kau tenang di sana dan diletakkan di tempat orang yang soleh dan solehah. Al-Fatihah…

-2009-

SIAPA NADIA ADRINA - 1st cerpen di alam maya..

Aku memang suke berkarya...Ni adalah hasil karya aku tahun 2004 sbb time tu bru report duty & bbdak bru sume kne dok kt 'meja persidangan' yang dikhaskan utk staf baru report duty sblm posting. Oleh kerana xde kje lagi masa tu..aku pinjam PC Kak Not (Unit Latihan) untuk mencoretkan idea aku ni. SIAPA NADIA ADRINA?? Aku amik nama ni sbb ade sorg member aku yg suke guna nama glamer ni. hehe..Selamat membaca..


SIAPA NADIA ADRINA??

Syah masih termenung di jendela.Pertemuan dengan gadis di kala senja tadi menggamit ingatannya... "Hoi! mana letak mata?" Syah memarahi gadis bertudung putih yang tiba-tiba melintas di hadapannya. Hampir sahaja Syah terbabas ke parit besar sebelah kiri jalan.

Gadis itu jatuh terduduk kerana terkejut. Tidak menyangka motosikal Syah akan keluar dari simpang keluar dari rumahnya.

Taman Indra Jaya...selalunya akan menyambut kepulangan Syah dari pejabat pada waktu petang. Tetapi entah mengapa hari itu Syah terpaksa berhempas pulas menyiapkan kerjanya di pejabat hingga hari sudah lewat petang.

Syah mengaku yang dia agak khayal sebentar tadi. Tapi dia harus mempertahankan egonya.

"Maaf...saya tidak perasankan saudara tadi," gadis itu menjawab.Dia sudah bangun dari duduknya. Mukanya kelihatan pucat. Dia masih menundukkan mukanya

"Maaf! maaf! maaf! Itu je la yang ko orang perempuan tau ye?!" masih tidak surut gelora di hati Syah.

Gadis itu memandang Syah.Syah terpana. Cantik! Ah!!! Peduli apa aku! Gadis itu tersenyum. Manis...

"Saudara ada cedera apa-apa?" tanya gadis itu masih tersenyum.

Ha? Sepatutnya aku yang tanya. Bukan kau..

"Aku takde apa-apa!" Kasar kedengarannya.

Gadis itu mengangguk lalu berlalu.

Syah masih melopong hairan kerana gadis itu seperti tiada respon akan amarahnya.

"Siapa pompuan tu ek?" Syah bertanya sendiri. Masih merenung di luar jendela.Rintik-rintik hujan mula turun di muka bumi..

"Hai Syah..termenung je kau ni akak tengok sejak tadi," sapaan Kak Munah, teman sepejabat Syah mengejutkannya dari menung yang panjang. Syah sendiri hairan mengapa dia sering memikirkan tentang gadis itu. Ada sesuatu yang misteri mengenai gadis itu. Syah juga merasakan dia pernah berjumpa dengan gadis itu. Tapi di mana ya?

"Hoi! Termenung lagi?!" Hairi mengergahnya. Syah menggeliat malas.

"Apsal ngan ko nih? Aku tengok dari tadi tak habis-habis melangut je. Jom pi minum," ajak Hairi.

"Malaslah. Aku kenyang lagi ni," balas Syah.

"Ko makan apa?" Tanya Hairi hairan kerana sebelum ini Syah tidak pernah menolak pelawaannya. Lagi-lagi kalau ajak 'Soru!!!'

"Tahlah…." Hairi berlalu meninggalkan Syah. Entah mengapa petang itu Syah sengaja pulang lewat. Dia juga sengaja lalu di jalan, tempat dia hampir melanggar gadis itu berulang kali. "Mana pula ni…." Syah merungut sendiri. Dia memberhentikan motosikalnya di tepi jalan. Tergambar wajah kehampaannya.

"Saudara…." Suara lembut yang menyapanya dari belakang membungakan rasa di hati. Syah berpaling.

"Bila masa awak ada kat belakang saya ni?" Tanya Syah hairan kerana tidak kedengaran langsung desiran atau sebarang derap tapak kaki.

Gadis itu tersenyum manis. Masih lagi berbaju kurung dan bertudung putih. "Baru je…"jawab gadis itu pendek.

"Saudara Syah cari saya ke?" Pertanyaan itu cukup membuatkan Syah terkejut.

"Mana tahu nama saya?" Gadis itu masih tersenyum. Kadang-kadang naik juga bulu roma Syah bila dia gadis itu senyum begitu dalam remang senja.

"Saya Nadia…Nadia Adrina," gadis itu memperkenalkan dirinya. Pertanyaan Syah tadi terus tergantung.

"Saaa..saya Syah," balas Syah. Sejak bila aku jadik gagap ni? Syah menggelengkan kepalanya.

"Saya balik dulu ye.." kata Nadia.

Ha?! Syah melopong. Cepatnye!!!

"Sekejap! Saya nak…." Syah ingin mengeluarkan handphonenya dari dalam beg tetapi apabila dia berpaling, Nadia sudah menghilang.

Sekali lagi Syah melopong. Dia sedar semula apabila azan maghrib berkumandang. Syah berlalu pulang ke rumah dalam kehampaan lagi.

*Sebulan berlalu…… *

Pertemuan Syah dan Nadia hanya berlangsung pada lewat petang. Apabila Syah menawarkan diri untuk menghantarnya pulang, Nadia memberikan seribu alasan.

"Tak elok orang tengok Nadia naik motor dengan Syah. Lagipun rumah Nadia dekat je…" itulah antara jawapan Nadia. Jadi Syah terpaksa menyorong motosikalnya berjalan bersama Nadia untuk menghantar Nadia pulang. Rumah Nadia cantik dihias dengan pelbagai jenis bunga. Terdapat ruangan bersantai di satu sudut di rumahnya. Tidak pula Syah tahu yang rumah itu mempunyai penghuni kerana rumah itu sunyi sahaja.

"Syah balik la dulu…"

"Nadia masuk la dulu.." Syah membalas.

"Dah nak maghrib ni..tak elok. Balik cepat!" seperti keras kedengaran suara Nadia.

Tetapi Syah tidak menyedarinya. Syah hanya tahu yang dia selalu merindui wajah manis Nadia Adrina. Setiap hari..setiap saat..setiap waktu. Kerjanya di pejabat juga adakalnya terabai. Syah tidak menyedarinya. Hairi seringkali berleter. Tetapi tidak dihiraukan. Kenapa?

"Syah nak tengok Nadia masuk dalam rumah dulu.." Syah berkeras. Muka Nadia kelihatan gusar.

"Abang Syah! Buat apa kat sini?" Tiba-tiba Saiful, adik lelaki Syah menepuk belakangnya. Syah berpaling.

"Eh! Tak nampak ke? Aku tengah bercakap dengan….Ha?!" Syah mencari Nadia. Dia melihat rumah di hadapannya. Mungkin dia dah masuk…fikir Syah.

"Cakap dengan siapa? Cakap sorang-sorang je Epoi tengok dari tadi," ujar Saiful yang membahsakan dirinya Epoi.

"Ha?Cakap sorang-sorang? Yelah..ko baru lalu sini memangla ko nampak aku sorang-sorang. Takpela..jom balik! Ko pegi mane ni?" Tanya Syah tukar topik.

"Kedai…"jawab Saiful pendek. Malas nak bertanya lagi.

Syah mengambil cuti separuh hari pada hari itu. Sengaja dia ingin pergi ke rumah Nadia. Ingin bertanya mengapa dia masuk tanpa berkata apa-apa kepada Syah. Namun sudah 2 kali Syah berpusing di tempat yang sama. Rumah Nadia masih tidak dijumpai.

"Abg Syah! Buat apa lagi dekat sini?" Saiful memanggil abangnya.

"Eh! Tak pergi sekolah ke?" Tanya Syah pada adiknya pula.

"Baru balik la ni…." Jawab adiknya. "Dari tadi Epoi tengok abg pusing-pusing kat sini. Cari apa?" Tanya Saiful.

"Ko ingat tak rumah tempat kita jumpa semalam?"Syah pula mengajukan soalan.

"Tu!!!!" Saiful memuncungkan mulutnya. "Rumah kosong tu la!"

Syah melihat rumah yang ditunjukkan. Rumah kosong itu kelihatan usang. Pasu bunga banyak yang pecah dan bersepah. Bunga-bunga kelihatan layu. Tidak sama langsung dengan rumah yang Syah kunjungi semalam.

"Ah! Bukan nilah!" ujar Syah keras.

"La…Yang nilah! Epoi ingat lagi abg cakap sorang-sorang kat depan rumah ni semalam! Rumah ni dah lama kosong sejak anak tuan rumah tu meninggal. Kakak tu menghidap leukemia. Ha! Epoi dengar kawan Epoi cerita kakak tu suka kat abang dulu. Tapi sebab dia sakit, dia takut abang tak layan.. Tak tau la Epoi. Kesian..muda lagi bang. Cantik! " balas Saiful.

"Siapa nama kakak tu?!"Tanya Syah masih tidak percaya dengan kata adiknya.

"Kalau tak silap Epoi…Kak Nadia Adrina…" Jawapan Saiful cukup membuatkan jantung Syah luluh. Dadanya berombak. Rasa nak pitam. Syah merenung tajam rumah itu. Tidak semena-mena dia ternampak Nadia dari balik tingkap yang kotor. Mukanya kelihatan sedih. Lalu hilang…..Kini persoalan Syah terjawab. Siapa Nadia Adrina…..