Aku baru pulang dari mengajar. Agak-agak dalam jam 2.00 petang aku sampai ke rumah. Aku tak tahu kenapa mataku berat sekali petang itu. Mungkin keletihan melalui pertandingan silat semalam. Aku tertidur. Namun tidurku tidak dibuai mimpi indah tetapi aku melihat kakak ku, Kak N meminta pertolongan seperti berada di dalam kesusahan yang teramat.
Aku terjaga dari tidur. Jantungku berdetak pantas seperti ada alamat yang tak baik berlaku. Selajur telefon berdering dan aku pantas menjawabnya. Abah di hujung talian.
“Cepat siap! Kita pergi hospital. Kak N kena tikam!”
Aku terduduk menangis dan berdoa semoga kakak ku selamat. Abah menjemput di rumah dari tempat kerjanya. Baru aku tahu yang Kak N cedera ditikam oleh kawannya sendiri kerana cemburu.
Sampai di hospital, pembedahan sedang dijalankan. Orang yang menikam kakak ku telah dibawa ke balai polis berdekatan.
Tepat jam 8.15 malam…doktor yang membedah Kak N memberitahu perkara yang amat menyentap jiwa ku. Kak N tidak dapat diselamatkan kerana kehilangan banyak darah dan tikaman itu terkena saluran utama jantung.
Aku seperti hilang arah. Sedangkan aku baru berjumpa dengan Kak N semalam. Tiba-tiba Kak N dah tiada! Dugaan apakah ini Ya Allah…
Kak N selamat disemadikan bersama senyumannya, gelak tawanya dan segala kegembiraannya. Tangisan kesedihanku dan keluargaku alami tiada siapa yang tahu. Alangkah luluhnya jantung melihat anak yang ditatang 27 tahun hilang sekelip mata. Air mata mama dan abah tidak dapat ku seka kerana terlalu banyak ia mengalir.
Kak N yang banyak memberi motivasi dan inspirasi pada aku selama ini. Tapi aku harus teruskan hidup.
Kini sudah 5 tahun peristiwa itu berlaku. Wajah Kak N tetap dalam ingatanku sekeluarga. Orang yang menikam kakak ku masih dibicarakan di mahkamah. Biarlah undang-undang dunia dan akhirat menentukan nasibnya.
Kak N…Aku rindu senyumanmu. Semoga kau tenang di sana dan diletakkan di tempat orang yang soleh dan solehah. Al-Fatihah…
-2009-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment